Hilton Petaling Jaya menerusi Restoran Paya Serai menawarkan pelbagai menu istimewa berasaskan daging sempena sambutan Krismas tidak lama lagi. Menu itu termasuk kaki kambing panggang dengan jintan manis dan sos madu soya serta daging rusuk panggang dengan puding Yorkshire dan bayam berkrim. Diikuti, daging brisket lembu dimasak perlahan 24 jam dengan jagung paprika serta daging rusuk pendek dengan polenta. Selain daging, terdapat juga ayam belanda panggang dengan kuah cendawan miso…










