KANAK-kanak di era 1990-an cukup dekat dengan siri Empat Budak Kampung yang berkisar mengenai ragam kehidupan empat sahabat dengan suasana di kampung. Selepas mendapat sambutan hebat khususnya dalam kalangan kanak-kanak era tersebut, siri berkenaan diteruskan iaitu dengan koleksi Empat Sekawan, Empat Sekawan Kembali Lagi dan Empat Sekawan Beraksi Lagi. Namun, pasti ramai yang tidak mengetahui penulisnya yang merupakan anak jati negeri ini telah menghasilkan 544 judul buku khususnya buku cerita…










