Wanita ini bukan sekadar seorang perenang para kebangsaan. Carmen Lim adalah suara lantang yang memperjuangkan hak dan peluang pendidikan untuk golongan orang kurang upaya (OKU). Baginya setiap individu berhak mendapat ruang untuk bersinar tanpa batasan fizikal atau sosial. Dia menjadikan pengalaman dalam dunia sukan sebagai titik tolak perjuangan menentang diskriminasi. Carmen juga berusaha untuk meleraikan halangan sistemik dan menggalakkan pembabitan masyarakat supaya pendidikan dan peluang boleh diakses oleh semua. “Cabaran…










