Pameran fotografi Projek ‘Monsoon Luminous IV’ 2025

Pameran fotografi Projek ‘Monsoon Luminous IV’ 2025

eorang pengunjung melihat pameran fotografi projek ‘Monsoon Luminous IV’.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pameran Projek Monsoon Luminous ini berjaya mengumpulkan seramai 22 jurufoto profesional bersama 178 keping gambar yang dipamerkan pada International ICW Construction Week 2025 di MITEC, Kuala Lumpur baru-baru ini. Pameran itu juga hasil kerjasama CIDB Malaysia, Kamal Engineering dan NEUformation Architect.

Koordinator pameran, Abdul Khabir Mohamed Ali berkata, pameran fotografi terbesar di peringkat nasional itu bukan sekadar penghormatan visual, tetapi menyelami keagungan elemen kota raya yang dipamerkan oleh monsun.

Daripada awan yang menjulang tinggi dan hujan lebat yang tiada henti, sehinggalah kepada ribut petir yang menggegarkan.

“Melalui Lensa Kami, Sebuah Kota Terungkap. Melalui Usaha Mereka, Sebuah Masa Depan Terbina.”

Sebahagian jurufoto-jurufoto profesional yang menyertai pameran fotografi projek ‘Monsoon Luminous IV’ di MITEC baru-baru ini.

Di sebalik keindahan estetika yang menakjubkan, pameran ini turut mendedahkan ‘daya tahan’ kota raya yang mendalam.

Ia menyoroti perancangan yang teliti, reka bentuk moden dan komitmen yang tidak berbelah bahagi oleh jurutera, arkitek, pembina dan membolehkan bandar raya Kuala Lumpur bertahan, malah berkembang maju di tengah-tengah kekuatan atmosfera.

Ahmad Shihabudin dan Rebecca Chan menerangkan sesuatu kepada pengunjung luar negara ketika melihat pameran fotografi.

Melalui visual yang memukau dan ulasan yang berwawasan, Monsoon Luminous mempamerkan cabaran yang ditimbulkan oleh monsun serta adaptasi inovatif, daripada seni bina tradisional yang mesra iklim sehinggalah kepada amalan pembinaan mampan moden serta infrastruktur mantap yang memastikan kekuatan kota raya ini kekal utuh.

Pameran itu bertujuan mencetuskan perbincangan yang lebih mendalam mengenai perubahan iklim dan kepintaran luar biasa membina bandar raya masa hadapan yang berdaya tahan kepada semua iklim.

Karya-karya yang dipamerkan merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu pemanasan global, perubahan iklim dan persekitaran binaan lestari.

Selain itu, memupuk perbincangan lebih mendalam mengenai perubahan iklim dan kepintaran luar biasa manusia di sebalik pembinaan masa hadapan bandar yang berdaya tahan dan komprehensif.-UTUSAN

Sebahagian pengunjung melihat gambar-gambar yang dipamerkan.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN