Penyelidik Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), Dr. Keeren Sundara Rajoo memperkenalkan amalan tradisional ‘mandi embun’ sebagai terapi berasaskan alam pada forum antarabangsa Forests for Health, Happiness and Well-being di Korea Selatan. Forum itu menghimpunkan peserta dari lebih 30 negara seperti Presiden Korea Forest Therapy Forum, Prof. Shin Won-Seop. Dr. Keeren yang juga Ketua Makmal Biodiversiti Borneo, Institut EkoSains Borneo (IEB) berkata, amalan mandi embun mencerminkan kefahaman awal masyarakat terdahulu terhadap…










