“Nun tinggi di udara, ada sungai angin yang dipanggil jet stream. Kelajuan angin dalam sungai ini mencecah 200-300 kilometer (km) sejam. Seorang juruterbang pesawat yang berpengalaman mampu memanipulasi sungai ini. Kelajuan sebuah pesawat yang mencecah 700km sejam akan meningkat sehingga 900km sejam setelah pesawat masuk ke dalam sungai angin itu. Ia seperti menunggang basikal menuruni sebuah bukit. Tenaga kurang dipakai tetapi kelajuan meningkat.” Kagum saya mendengar perkongsian pengalaman Kapten Firdaus,…










