KEGAWATAN ekonomi yang melanda negara pada 1997 menjadi detik hitam buat segelintir individu apabila diberhentikan kerja secara tiba-tiba. Nasib sama turut dihadapi oleh Che Saad Saep, 59, yang hilang punca pendapatan sekelip mata. Namun, situasi itu tidak melemahkan bapa kepada empat anak ini, sebaliknya dia cekal melakukan pelbagai usaha untuk menyara keluarganya. Antaranya, adalah dengan mempelajari teknik penghasilan capal daripada rakannya sewaktu menetap di Sungai Petani, Kedah, pada 2009. Di…










