Tinggal hanya 50 meter untuk sampai ke hentian rehat, kumpulan pendaki ini dikejutkan dengan tanah runtuh yang kemudiannya menutup laluan utama perjalanan ketika menelusuri Banjaran Titiwangsa. Menurut Pemandu Arah Ekspedisi Banjaran Titiwangsa V6, Zulkifli M. Sanuddin, 47, itulah saat paling mencemaskan baginya yang mendahului 27 peserta, sekali gus menjadi antara pengalaman paling gentir sepanjang 65 hari menerokai banjaran itu. Katanya, selain daripada terpaksa menempuh perjalanan sejauh 656.05 kilometer, pengembaraan kali…










