KERANA takut kehilangan suami, segelintir wanita di negara ini sanggup menanggung derita kanser payudara tanpa sebarang rawatan. Perkara itu pernah dikongsikan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Naliza Fahro Rozi, ketika pertemuan kami tahun lalu. Mentaliti itu masih menebal dalam kalangan pesakit tanpa mengira latar belakang, kerjaya dan pendidikan. Akhirnya, mereka memilih untuk berdiam diri atau menangguhkan rawatan selepas disahkan menghidap kanser payudara. Semuanya kerana bimbang suami tidak…