Terima kasih Rossa hubungi saya untuk penjelasan - Nora Ariffin - Utusan Malaysia

Terima kasih Rossa hubungi saya untuk penjelasan – Nora Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin memaklumkan penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa sudah menghubunginya bagi menjernihkan keadaan susulan isu rakaman semula lagu Sinaran tanpa sebarang rundingan.

Nora berkata, dia kagum dengan keprihatinan Rossa yang sudi memberi kerjasama dengan baik dalam meleraikan isu royalti lagu ciptaan arwah suaminya, Johan Nawawi.

“Alhamdulillah , saya sangat terharu, tabik dan hormat pada Datuk Rossa kerana mengambil berat dan sudi hubungi untuk menjelaskan tentang isu ini.

“Saya baru saja mendapat panggilan dari Datuk Rossa. Sebagai penyanyi, Rosa sangat faham dan memberi kerjasama dengan isu ini,” katanya dalam hantaran di Instagram Story.

Tambah Nora, penyanyi lagu Atas Nama Cinta itu turut berharap perjuangannya dalam menuntut hak yang sepatutnya bagi lagu ciptaan arwah suaminya bersama Allahyarham Adnan Abu Hassan mendapat pembelaan.

“Dia juga berharap agar saya mendapat hak saya. Terima kasih Rossa,” ucapnya.

Sebelum ini, Nora mempersoalkan tindakan Rossa yang merakam semula lagu ikonik Sinaran kolaborasi bersama penyanyi rap, MK K-Clique dalam EP terbaharunya berjudul Asmara Dansa tanpa sebarang rundingan rasmi dengan pewaris asal karya tersebut.

Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu juga menyifatkan isu keizinan dan pembayaran royalti tidak hanya membabitkan hak cipta semata-mata, sebaliknya menyentuh kebajikan serta masa depan waris karyawan yang telah meninggal dunia.

Sekitar Julai lalu, Nora pernah menimbulkan isuyang sama apabila mendedahkan bahawa royalti lagu nyanyian asal Datuk Sheila Majid itu masih belum diterima sepenuhnya oleh pewaris, malah mendakwa dirinya hanya menerima bayaransekitar RM60.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN