YABBA-dabba-doo! Ungkapan ikonik ini pasti mengingatkan kita kepada keluarga paling popular dari bandar Bedrock, The Flintstones. Bagi generasi yang membesar di era 80-an dan 90-an, kartun ini bukan sekadar hiburan tetapi membawa kita ke dunia zaman batu yang penuh imaginasi. Bayangkan, kereta tanpa enjin yang digerakkan dengan kaki, rumah daripada batu manakala haiwan pula digunakan sebagai peralatan di kediaman. Tidak ketinggalan gelak tawa Fred, Wilma dan Pebbles bersama jiran mereka…
 
								
 
								 
								 
											









