Minggu Fesyen Couture Malaysia 2025 memukau di Kuala Lumpur

Minggu Fesyen Couture Malaysia 2025 memukau di Kuala Lumpur

Fesyen
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Minggu Fesyen Couture Malaysia 2025 sekali lagi memukau Kuala Lumpur dengan pertunjukan fesyen kelas atasan ekstravaganza antarabangsa

Minggu Fesyen Couture Malaysia (CFWM) sekali lagi mempesonakan Kuala Lumpur dengan pertunjukan fesyen kelas atasan yang luar biasa, bekerjasama dengan hotel mewah Four Seasons di samping mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, serta rakan strategik termasuk Klinik Neu, Muzium Pahang, Green Initiative Empire, TvetMara, Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Minggu Fesyen Couture, Paris Women’s Fashion Week dan Japan Fashion Week.

Sementara itu barisan penaja termasuk Life Research Wellness, European Wellness, CBC (Civic Engagement Community), GoLuxuryTravel, Geoorigine, Espèrer Cosmètiques, Sense & Style Beauty Academy, Dorsett Grand Subang, Elisia Hair Style, In Vino Veritas, Putrayana Skincare, Chef Wan Group of Restaurants, MISMS dan lain-lain.

Pertunjukan fesyen berprestij yang berlangsung di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur dari jam 5 petang hingga 11 malam itu diserikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sulaiman Shah Sultan Abdul Aziz Shah dan Putera Raja Oman, Yang Teramat Mulia Salim Al Busaidi, serta dihadiri oleh ramai tetamu kenamaan termasuk Duta Besar Emiriah Arab Bersatu ke Malaysia, Tuan Yang Terutama, Mubarak Saeed Ahmed Burshaid Aldhaheri Duta Besar Libya ke Malaysia, Tuan Yang Terutama, Mohamed A.M. Attia; Dato Zulfikri Osman, Ketua Pengarah MARA, Puan Rosnani Mohd Rosdi – Timbalan Pengarah MARA (Cawangan Pengajian), Bahagian Kemahiran dan Teknikal, and Zeisse Lay – Setiausaha Kedutaan Timor-Leste ke Malaysia.

Turut hadir beberapa orang selebriti dan rakan kongsi strategik termasuk Chef Wan dan penyanyi kembar Puan Seri Syazara Aishah dan Aishah Hanim, Dr Angeline Wong, Pengasas Klinik Neu, dan Datin Norazizah Borhan, Presiden Usahawan Wanita Antarabangsa Malaysia (IWEM).

Pertunjukan fesyen anjuran Media Path Productions yang dikendalikan oleh Monkii itu turut dihadiri oleh lebih 500 tetamu eksklusif di samping penyertaan pereka fesyen dari beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, India, Indonesia, Malaysia, Timor-Leste, Filipina dan Kazakhstan.

Antara pereka fesyen dan negara yang mengambil bahagian ialah TVETMARA, Muzium Diraja Pahang, dan Kolej Kemahiran Tinggi GIATMARA (Malaysia); Helay Ayoub (Pasar Kandahar) dari Amerika Syarikat; Hanum Aidash (Kazakhstan); Akki Tokuda dan Qlogo (Jepun); Jaya Misra (India); Yeylie Cheng Couture (Malaysia); Tommy Cha (Malaysia); Rachi Ng oleh Rachel (Malaysia); Ocely (Malaysia); Pinky Tailor Couture (Malaysia); Princess MRJ (Filipina); dan Galeri Lytha (Timor-Leste).

Pengarah Eksekutif CFWM Ziinine Britshi berkata: “Acara ini didedikasikan untuk pereka “haute couture” dan menampilkan permaidani merah selebriti, gala glamor, majlis anugerah, dan pertunjukan fesyen yang menawan serta menarik kunjungan para selebriti, orang kenamaan serta pereka fesyen dan peminat dari seluruh dunia, dengan matlamat untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab fesyen di Asia Tenggara.”

Menurut kenyataan TvetMara, acara ini menampilkan gabungan unik Tenun Pahang Diraja yang dipelopori oleh DYMM Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sebagai lambang keharmonian budaya merentas benua.

“Persembahan dalam acara CFW Malaysia ini adalah hasil kerjasama strategik antara Muzium Pahang, Green Initiative Empire & Media Path Productions, Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), L’Association La Route de la Soie et d’Al Andalus (Perancis), dan Minggu Fesyen Couture Malaysia.

“Pelbagai pengisian diatur antaranya pertunjukan fesyen Tenun Pahang Diraja, koleksi rekaan pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan GIATMARA, forum kebudayaan “Alhambra & Tenun Pahang Diraja”, demonstrasi kraf, fesyen lestari, serta lawatan diraja dan diplomat ke institusi warisan Pahang,” kata kenyataan itu.

Pereka Helay dari Amerika, yang juga pengasas Pasar Kandahar, telah mempersembahkan koleksi baharu, “Blooming of Culture,” yang menggabungkan dengan indah sulaman tradisional Afghanistan dengan keanggunan moden dan menghormati warisan melalui setiap perincian buatan tangan.

Sementara itu Princess dari Filipina, pereka di sebalik jenama MRJ, melancarkan koleksi putih baharu yang menakjubkan bernama “Rêve de Mariée”—bermaksud “Impian Pengantin”—yang meraikan percintaan abadi dengan gaun elegan yang direka untuk pengantin moden.

Akki Tokuda dari Jepun mempersonakan penonton dengan koleksi dalam kelas baharu yang dipanggil “A Fusion of Shadows and Silhouettes.”

Diinspirasikan oleh Wayang Kulit dan Songket Malaysia, koleksi ini menggabungkan ketukangan tradisional dengan keanggunan moden melalui kerjasama Jepun-Malaysia yang indah.
Pereka Guruvinder Singh Sandhu, dikenali sebagai Guru dari India, telah melancarkan koleksi baharu nya yang dipanggil “Suits of Stardom!” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN