Sejak beberapa dekad lalu, lukisan mural bukan sahaja penyeri landskap dan premis, tetapi hasil kreativiti berkenaan menjadi tarikan orang ramai khususnya di sekolah, pusat perniagaan dan kawasan tumpuan pelancong. Pelukis mural, Marhaizan Mahayudin, 46, berkata, dia menjadikan karya seni itu sebahagian aktiviti kehidupannya sejak 20 tahun lalu sekali gus menyumbang pendapatannya untuk menyara keluarga yang tinggal di Kampung Kaki Bukit, Damak dekat sini. Malah, namanya kini juga tidak asing lagi…