‘Sibuk bidas takdir yang Allah tentukan, bawa-bawalah mengucap’ - Utusan Malaysia

‘Sibuk bidas takdir yang Allah tentukan, bawa-bawalah mengucap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Indah Ruhaila meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap netizen sejak kebelakangan ini dalam mengulas sesetengah perkara di media sosial.

Menurut Indah, dia segan dengan tindakan sesetengah wargamaya yang kurang sensitif dalam setiap penulisan yang dimuat naik selain menyifatkan tindakan itu seolah menolak takdir yang ditentukan Sang Pencipta.

“Malu dan takut tengok Threads dua tiga hari ini, sibuk kalian membidas takdir yang Allah dah tentukan.

“Semua bendalah nak diulas. Ada saja yang tak kena,” tulisnya di Threads.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Percayalah itu turut menasihatkan setiap pengguna media sosial harus berwaspada dalam memuat naik sebarang perkongsian sebelum terlambat.

“Jaga-jaga bila menulis dan berkata-kata. Bawa-bawalah mengucap dan bertaubat sebelum terlambat,” katanya.

Indah bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci punca dirinya memuat naik teguran sedemikian di platform tersebut.

Namun, rata-rata netizen mendakwa perkongsian itu dimuat naik bagi mempertahankan kawan baiknya, Amira Othman yang baru sahaja melangsungkan pernikahannya dengan pelakon terkenal, Fattah Amin, Ahad lalu.

Tidak melatah dengan kecaman tersebut, Indah turut berharap agar netizen bersikap lebih tenang dan berlapang dalam setiap perkara.

“Manusia ini kalau tak suka, semua benda nak bidas. Tenang-tenang saja dan berlapang dada,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN