Dalam dunia yang semakin dikuasai gajet dan hiburan kontemporari, namun lain buat anak-anak Rentak 13 yang asyik mengatur rentak tari warisan. Kumpulan tarian tradisional kelolaan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 13 Shah Alam itu bukan sahaja menjadi nadi seni sekolah, malah simbol kebangkitan semula nilai budaya Melayu dalam kalangan generasi muda. Di peringkat awal, Rentak 13 hanya menyasarkan 70 peserta, tetapi kini berjaya menghimpunkan seramai…










