APABILA berkunjung ke hotel dan kafe, bukan hanya makanannya yang memikat selera, malah pinggan mangkuk seramik di atas meja turut mencuri perhatian. Dengan rekaan yang eksklusif dan cantik, pasti ramai menyangka ia diimport dari Jepun, China atau Eropah. Namun, sebahagian daripadanya sebenarnya dihasilkan oleh anak tempatan melalui Bangkita. Sehingga kini, jenama yang beroperasi di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, Kuala Langat itu sudah menembusi ke 10 hotel mewah di dalam…