BAHASA daerah atau ‘kolokial’ tempatan semakin terhakis apabila jarang dituturkan. Lebih-lebih lagi generasi hari ini sudah menerima pendidikan formal bahasa Melayu dan bahasa kedua selain pengaruh slanga laman sosial yang turut dimesrakan dalam kehidupan harian. Bagi memulihara warisan itu, pencinta bahasa daerah, Mohd. Razali Mulud, 66, mengumpul lebih 1,000 perkataan dialek Pulau Tawar, Jerantut yang berbeza dengan tempat lain di Pahang. Menurutnya, dialek itu digunakan lebih 300 tahun lalu oleh…