Labubu terus menjadi kegilaan dalam kalangan pencinta koleksi figura patung di Malaysia. Setiap keluaran mendapat permintaan tinggi hingga ada yang sanggup berhabis duit demi mendapatkan koleksi idaman hati. Bukan sahaja untuk dikumpul, malah patung comel ini juga boleh dijual semula dengan harga lumayan. Pengumpul dan penjual semula Labubu, Amy Shera Saipal Rizal @ Saiful Rizal, 28, antara penggemar tegar yang menambah koleksinya sejak tahun lepas. “Pada mulanya saya hanya mahu…