Bagi sesetengah ibu, perubahan bentuk badan terutama di bahagian abdomen membuatkan keyakinan diri sedikit merudum dan rasa tidak gembira untuk bergaya. Sebenarnya, terdapat beberapa kaedah senaman ringkas yang boleh diamalkan untuk menghilangkan perut buncit atau menggelebeh selepas bersalin. Jurulatih kecergasan dalam bidang senaman komuniti wanita, Saleha Aziziah Mohamed Aris berkata, secara umum, selepas tiga bulan bersalin dan berpantang merupakan masa sesuai untuk mula bersenam dengan lebih konsisten. Selepas bersalin, tubuh…