Gaya jalanan inspirasi lagenda headhunter

Gaya jalanan inspirasi lagenda headhunter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Monsopiad merupakan pahlawan legenda suku Kadazan-Dusun dari Penampang, Sabah yang sinonim dengan kisah memburu kepala musuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejarah mencatatkan beliau memenggal 42 musuh dengan tengkoraknya disimpan di Rumah Tengkorak sebagai trofi kemenangan dan simbol perlindungan spiritual.

Kegagahan dan keberanian Monsopiad menyuntik inspirasi buat pereka muda berusia 23 tahun, Dayana Amira Rahdzilan untuk tampil dengan koleksi Headhunter Reimagined.

Koleksi ini mengangkat elemen tradisional seperti tengkorak, sigar, perisai dan senjata, lalu diterjemahkan semula ke dalam gaya moden penuh berani.

Potongan baju dihasilkan dalam siluet longgar dan oversized, selari dengan trend gaya jalanan masa kini sambil mengekalkan roh tradisi.

Hasilnya, lahirlah sebuah koleksi yang bukan sahaja meraikan warisan Kadazan-Dusun, malah membuktikan yang lagenda lama mampu dihidupkan semula di jalanan dengan penuh gaya.

Dayana Amira berkata, koleksi itu hadir dengan sentuhan maskulin dan trendy, ideal untuk penampilan berani di majlis atau acara istimewa.

Katanya, antara elemen utama dalam koleksi ini ialah tengkorak 3D yang dihasilkan menggunakan teknik origami.

“Tengkorak adalah lambang kekuatan Monsopiad, justeru setiap rekaan dalam koleksi ini menampilkan simbol tersebut dalam bentuk yang unik.

“Namun, penggunaan simbol berkenaan dan elemen pahlawan perlu diterjemahkan dengan teliti agar tidak menyinggung sensitiviti budaya, sekali gus memastikan rekaan kekal relevan serta menarik untuk khalayak masa kini,” katanya.

 

Proses pembuatan mencabar

Daripada segi teknikal, penghasilan tengkorak 3D menggunakan teknik origami bukanlah sesuatu yang mudah.

Ia menuntut banyak percubaan, ketelitian dan tahap kesabaran yang tinggi.

Dayana Amira berkata, proses pemilihan bahan yang tepat juga menjadi cabaran utama bagi memastikan bentuk tengkorak kekal stabil, kemas dan mampu menonjol sebagai elemen utama rekaan.

Selain itu, siluet oversized yang menjadi asas koleksi juga memerlukan penelitian rapi agar sesuai digayakan oleh pelbagai bentuk badan, tanpa menjejaskan konsep asal yang ingin diketengahkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini