Selain dikitar semula dan dilupuskan, komponen terpilih dalam bagasi terpakai boleh diubah suai menjadi alas gelas. Inisiatif yang digerakkan jenama bagasi popular, Samsonite itu bertujuan memberi peluang kedua kepada bagasi-bagasi yang dikumpulkan menerusi kempen tahunannya, luggage trade-in. Pengurus Besar Samsonite Malaysia, Ambert Khoo berkata, item eksklusif itu diperbuat sepenuhnya daripada plastik kitar semula. Katanya, pelanggan yang menyertai kempen itu hanya perlu membawa resit ke kedai Samsonite terpilih untuk menebusnya. Bagi…










