Rebab, suara jiwa Melayu

Rebab, suara jiwa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bengkel fotografi Rebab: Legacy of Sound and Light yang berlangsung di Galeri Seni Shah Alam baru-baru ini bukan sekadar acara latihan teknikal, tetapi merupakan satu usaha besar ke arah pendokumentasian seni warisan Melayu dalam bentuk visual kontemporari.

Bengkel anjuran bersama Canon Malaysia, N4 Camera Store, Galeri Shah Alam dan Selangor Youth Community (SAY) ini mempertemukan dua dunia iaitu seni warisan lama yang kian terhakis serta teknologi moden yang mampu mengabadikannya untuk generasi akan datang.

Tokoh utama program ini ialah Awang Omar atau lebih dikenali sebagai Ayah Mat Teri, pemain rebab istiadat dari Istana Raja Kelantan yang kini berusia 73 tahun.

Ketokohan dan karismanya menjadi sumber ilham utama dalam siri fotografi ini bukan sahaja sebagai pemain muzik, tetapi simbol warisan hidup yang semakin jarang ditemui.

“Gambar mungkin tidak bersuara, tetapi ia menyimpan suara zaman. Dan rebab ini, suaranya adalah suara jiwa Melayu,” kata seorang peserta.

Visual-visual yang dirakam sepanjang program ini menterjemahkan cerita yang tak tertulis, tentang tangan yang pernah menggesek rebab di balairung istana, budaya yang diwarisi melalui ekspresi wajah dan kasih seni yang disambung melalui generasi muda.

 

Turut dimuatkan dalam naratif visual adalah kehadiran dua kanak-kanak, seorang sebagai penari tradisional dan seorang lagi sebagai pewaris seni yang memerhati serta mendekati rebab dengan penuh rasa ingin tahu.

Mereka bukan sekadar subjek, tetapi metafora kepada sambungan warisan yang terus menyala dalam bayang-bayang zaman.

Di sebalik butang shutter dan lensa kamera, usaha ini sebenarnya mencipta arkib budaya dalam bentuk visual, yang bukan sahaja boleh dihargai hari ini, tetapi ditatap semula oleh generasi akan datang.

Bengkel ini juga menjadi satu titik rakaman sejarah, di mana warisan, cahaya dan lensa bergabung demi satu tujuan iaitu memartabatkan seni bangsa agar tidak luput ditelan zaman.

Ikan asing
PESERTA Aktiviti Memburu Ikan Asing anjuran MPKL menunjukkan tangkapan ikan bandar raya atau Hypostomus Plecostomus dekat Sungai Klang, di Taman Mas Langat, Kuala Langat, Selangor.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN