MASIH ramai percaya ada senjata warisan tertentu mempunyai unsur mistik. Pengkaji Manuskrip Melayu, Wan Mohd. Dasuki Wan Hasbullah berkata, ada senjata pusaka yang disimpan di rumah, tidak boleh disentuh oleh anak cucu. Ia dibalut dengan kain kuning kerana dikatakan mempunyai kuasa halus. “Dalam cerita Hikayat Pahang, Datuk Tangguk dan Datuk Parit, dua legenda negeri Pahang yang dikatakan hidup pada awal atau suku pertama abad ke 18, adalah hulubalang kepada Bendahara…










