Sehingga kini, masih tiada langkah berkesan untuk memastikan tiada lagi kewujudan kes baharu HIV di negara ini. Justeru, pendekatan pengurangan kemudaratan diwujudkan dalam konteks kesihatan awam bagi mengurangkan kesan buruk sesuatu perlakuan, tanpa semestinya menghapuskannya sepenuhnya. Presiden Harm Reduction Action Network (HaRAN), Dr. Anita Suleiman berkata, langkah tersebut bukan bermakna menggalakkan kegiatan seks bebas dan membiarkan risiko HIV terus menular. Namun, ia merupakan satu-satunya langkah terakhir untuk memastikan penurunan kes…