KETIKA ramai memilih jalan pintas dalam perniagaan makanan, namun usahawan muda dari Kuala Ketil, Kedah ini kekal setia dengan cara lama. Muhammad Shaufi Che Daud, 33, tidak kisah tubuhnya disambar bahang kayu api atau tangan dan kaki lenguh mengacau dodol lebih lima jam. Baginya, elemen-elemen tradisi itulah yang menjadikan Dodol Warisan Tok keluarannya istimewa berbanding yang dijual di pasaran. Lantas, dia menolak penggunaan mesin kerana hanya akan merosakkan rasa asli…