PeTA: platform pameran bakat seni kelahiran ASWARA

PeTA: platform pameran bakat seni kelahiran ASWARA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Festival PeTA (Penilaian Tahun Akhir) Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bukan sekadar menilai hasil kerja kreatif dan projek akhir pelajar tahun akhir akademi tersebut.

Penyelaras acara yang juga Dekan Fakulti Tari, Dr. Norsafini Jaafar berkata malah festival tersebut juga menjadi platform terbuka untuk masyarakat dan pihak industri menyaksikan bakat baharu pelbagai bidang seni yang terdapat di ASWARA.

“Dan PeTA juga bukan sekadar platform menilai keupayaan teknikal dan artistik pelajar, tetapi juga sebagai cerminan suara generasi baharu terhadap isu-isu semasa dan budaya masyarakat,” katanya.

PeTA menghimpunkan keseluruhan karya pelajar tahun akhir dalam pengkhususan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dari pelbagai fakulti antaranya Tari, Muzik, Teater, Seni Halus, Penulisan Kreatif dan Filem, Animasi serta Pengurusan Seni dan Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA).

Kata Dr. Norsafini lagi, festival itu juga menjadi medan penting buat pelajar akademi tersebut mempamerkan karya selepas bertahun-tahun mengikuti pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

“Ini merupakan saat penting dan penentuan yang mempamerkan kredibiliti pelajar melalui penilaian projek akhir yang disaksikan penonton sepanjang festival itu berlangsung,” kongsinya.

PeTA tahun ini bakal dianjurkan di kampus ASWARA bermula 28 Jun 2025 hingga 6 Julai ini.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman Instagram iaitu aswara_official, Facebook (https://www.facebook.com/@aswara.edu) atau TikTok (aswara.official).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN