Bagi sesetengah orang, berendam dalam ais selama beberapa minit pun sudah satu penyeksaan. Namun, bagi Hamlatul Hawary,38, pengalaman berenang dalam tasik bersuhu 5.7 darjah Celsius di Magribi menjadi antara detik paling berharga dalam hidupnya. Berbekalkan semangat kental dan latihan secara ‘DIY’ di garaj rumah, lelaki ini menjadi rakyat Malaysia pertama yang menyahut cabaran Ice Swim Morocco, baru-baru ini. Keberanian itu juga melayakkan beliau menerima pengiktirafan pencapaian dari pihak Malaysia Book…