“Burung di dahan rapuh akan terbang ke pokok lain.” Itu bukan sekadar gurauan orang tua-tua, tetapi sindiran tajam yang lahir daripada naluri seorang bekas guru kampung, Husain Jaafar, 86, yang sejak lebih sedekad lalu ‘meramal’ kejatuhan UMNO melalui lukisan kartun satiranya. Bagi warga Kampung Pesagi, Chenor, nama beliau tidak asing malah disanjung sebagai legenda pendidikan daerah dan antara tokoh terakhir lulusan sistem latihan guru melalui pos yang kini tinggal sejarah.…