BERKALI-kali memberi alasan ‘sibuk di pejabat’ dan ‘perlu bekerja lebih masa’ apabila diajak makan malam bersama keluarga. ‘Pembohongan’ kecil itu terpaksa dilakukan Andrew Tan Tze Tho, 65, demi melindungi ibu bapa dan dua adiknya daripada risiko dijangkiti HIV. Sebagai orang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA), dia sentiasa dihantui rasa bimbang terhadap keselamatan insan tersayang. Justeru, demi kasih kepada keluarga, lebih dua tahun Andrew memilih untuk ‘berlapar’ di pejabat dan pulang…