KUALA Perlis pada malam 9 Mei lalu penuh sesak dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung yang membanjiri segenap ruang Dataran Lok 9, di sini bagi menyaksikan Malam Citra Warna Kuala Perlis 2025. Program yang menjadi sebahagian daripada Festival Rakyat 2.0 itu tambah istimewa apabila dianjurkan bersempena Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, serta Hari Keputeraan baginda yang ke-82. Tuanku Syed Sirajuddin dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku…