Beg tangan inspirasi kelopak bunga

Beg tangan inspirasi kelopak bunga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bayangkan lenggok kelopak bunga berputar ringan ditiup angin pagi, lantas mencipta tarian halus yang memukau pandangan.

Keindahan semula jadi ini diterjemahkan dalam koleksi musim bunga/panas 2025 Carlo Rino, The Mythical Garden.

Setiap lipatan dan potongan beg ini mengimbau keindahan bunga yang mekar lantas membawa membawa bersama aura elegan dan kelembutan.

Direka khusus untuk wanita moden, beg tangan ini menggabungkan elemen keanggunan dan praktikal dalam rekaan yang begitu memikat

Antara bintang utama dalam koleksi ini adalah carlo geo denim, beg yang boleh digayakan secara silang atau sandang.

Diperbuat daripada denim berkualiti tinggi, beg ini menyatukan tekstur klasik dengan nuansa moden yang menyegarkan.

Monogram Carlo Rino yang ikonik pula menambahkan elemen retro, lantas menjadikannya tiada tandingan.

Beg ini adalah pernyataan gaya yang sempurna, menggabungkan keanggunan masa lalu dengan keselesaan masa kini.

Sementara itu, carlo geo chromatic turut menampilkan corak monogram ikoniknya yang dicetak pada warna pastel lembut.

Ia sekali gus menjadikan beg ini padanan yang ceria apabila anda memerlukan sentuhan warna.

Perincian emas pada beg pula melambangkan kemewahan, lantas melengkapkan penampilan anggun si pemakai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya