Lemper kuih kegemaran masyarakat Jawa pada bulan Ramadan

Lemper kuih kegemaran masyarakat Jawa pada bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP kali Ramadan, kaum hawa mula pening mencari idea memasak kuih-muih untuk juadah berbuka.

Walaupun wujud ramai pempengaruh yang berkongsi resepi atau menu inovasi baharu, namun kuih tradisi tetap menjadi pilihan selepas seharian menahan lapar dan dahaga.

Makanan paling popular tanpa menggunakan manisan yang sering menjadi juadah berbuka adalah pulut panggang dan cucur badak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun bagi masyarakat Jawa di negara ini, kuih yang menjadi kegemaran mereka ialah setiap kali bulan puasa adalah lemper.

Pengusaha kuih, Rahmah Mahit, 65, dari Kampung Labohan Dagang Kuala Langat, lemper yang diperbuat daripada pulut berintikan serunding udang kering, kelihatan seperti pulut panggang tetapi berbeza pada saiz, tekstur dan rasanya.

“Kuala Langat atau Banting dihuni ramai masyarakat Jawa seperti di Sijangkang, Kanchong Darat, Jenjarum termasuk di Labohan Dagang ini. Sebab itulah penggemar lemper tetap ada setiap kali bulan Ramadan,” katanya yang sudah lebih 30 tahun mengusahakan perniagaan kuih itu.

Sepanjang Ramadan, wanita ini perlu menyiapkan hampir 400 biji lemper sehari dengan dibantu beberapa penduduk kampung dan anaknya.

Selain yang sudah dimasak, Rahmah turut menjual lemper sejuk beku jenis udang kering dan bilis.

Katanya, sebiji lemper yang siap dikukus dijual pada harga RM0.70 sebiji manakala bagi sejuk beku pula RM6 sebungkus untuk 10 biji.

Rahsia keenakan
Rahmah yang juga pengajar kuih-muih tradisi berkata, lemper sukar untuk dihasilkan jika tidak mengikut kaedah ditetapkan.

Mengikut pengalamannya, jika ada 10 pelajar yang memasak lemper, hanya dua orang sahaja yang mampu menguasai ilmu tersebut.

“Rahsia penhasilan lemper yang enak adalah pada bumbu atau inti serunding udang kering yang perlu dimasak dengan teliti,” ujarnya.

Proses memasak bumbu dilakukan dengan mengadun kerisik kelapa dan udang kering secara sistematik bagi menjamin kelazatannya.

Katanya lagi, keunikan lemper keluarannya bukan sahaja terletak pada rasa tetapi keunikan bungkusan daun pisang.

“Identiti bungkusan lemper saya memang begini bentuknya, tetapi setiap pembuat ada cara yang berbeza.

“Satu masa dulu lemper dibuat beramai-ramai dalam kampung, maka masing-masing ada cara tersendiri untuk membungkusnya berbumbukan serunding daging, bilis, udang kering atau inti kelapa,” jelasnya.

Bagi masyarakat Jawa, jelasnya, pembuatan lemper adalah simbolik kepada persaudaraan kerana sifat beras pulut yang melekit itu mencerminkan hubungan manusia yang saling memerlukan antara satu sama lain.

Sifat melekit tersebut turut dianggap sebagai limpahan rezeki kepada si pemakannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN