KUNYIT hitam tulen atau nama saintifiknya curcuma caesia mempunyai khasiat tersendiri dalam membantu masalah kesihatan kronik berkaitan keradangan.
Ketua Pegawai Eksekutif Naturmeric, Shah Hafiz Borhannudin berkata, fungsi bahan semula jadi tersebut terbukti menerusi penyelidikan saintifik dan kaedah perubatan moden.
“Kunyit hitam terkenal sebagai agen anti-radang dan mempunyai banyak manfaat termasuk melawan radikal bebas di samping menyokong kesihatan jantung, respiratori dan sendi.
“Malah ia juga sesuai untuk pesakit arthritis, gout, masalah pernafasan serta peredaran darah.
“Bukan itu sahaja, kunyit hitam juga membantu menguatkan sistem imun dan meningkatkan daya tahan badan terhadap jangkitan serta ia boleh menambahkan tenaga bagi menyokong gaya hidup aktif,” katanya.
Dengan pasaran suplemen kesihatan berasaskan herba yang semakin berkembang, Shah Hafiz berharap jenamanya dapat menjadi peneraju dalam segmen suplemen tempatan.
Katanya, produk Naturmeric diperbuat 100 peratus daripada kunyit hitam tulen dan telah menjalani ujian keselamatan di makmal diiktiraf.










