BULAN Ramadan pastinya kita merindukan masakan ibu di kampung. Lauk-pauk kampung sangat membuka selera berteraskan tradisi masakan Melayu. Bayangkan, gulai lemak nanas ikan kering, dipadankan dengan ayam berempah, dipadukan pula dengan sayur ulam-ulaman dicicah sambal belacan. Wah! Anda pasti makan tidak toleh kiri dan kanan. Bagi anak-anak perantauan di Lembah Klang yang mengidam masakan seperti itu, Bufet Ramadan di Ezycafé by Ezy Durian, Bandar Baru Bangi adalah lokasi paling tepat…










