Aidilfitri: Gubahan bunga memukau

Aidilfitri: Gubahan bunga memukau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP kali Aidilfitri, biskut raya menjadi buah tangan popular bagi dihadiahkan kepada sanak saudara dan rakan taulan.

Apa kata ubah tradisi itu dengan mengirimkan jambangan bunga pula sebagai cenderahati buat yang tersayang.

Koleksi Pesona Raya RR by Rizman Ruzaini x BloomThis, menampilkan empat gubahan bunga menakjubkan dan dipersembahkan dalam kotak eksklusif edisi terhad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih istimewa, koleksi ini menggabungkan elemen tradisi dan keanggunan iaitu jalinan antara seni busana moden dan gubahan bunga.

 

Bukan itu sahaja, gubahannya turut diinspirasikan daripada rekaan-rekaan sofistikated sentuhan jenama, Rizman Ruzaini.

Dengan bunga premium dan gubahan sempurna, koleksi ini dapat memartabatkan kemewahan dalam pemberian cenderahati.

Setiap satunya dijual pada harga antara RM269 dan RM359, di samping sehelai skarf edisi terhad bagi pembelian tambahan.

Ameera matthiola & rose : Diinspirasikan oleh seni kraf yang anggun, kotak bunga elegan ini mengandungi bunga ros cappuccino yang subur, matthiola ungu dan hydrangea putih dihiasi dengan scabiosa dan dancing lady orchid.

Arissa hydrangea & phalaenopsis : Bunga hydrangea merah jambu pekat menjadi sorotan utama jambangan ini, diserikan dengan orkid ungu, anturium hijau dan mawar dalam simfoni tekstur dan warna memukau.

Aira Rose & gerbera : Antara jambangan bunga yang bakal mencuri perhatian pada musim perayaan. Seri kehangatan ros merah jambu dan gerbera oren muda, disulami dengan matthiola ungu dan hydrangea merah jambu gelap menghasilkan jambangan bunga menakjubkan.

Amani phalaenopsis & rose : Bunga mawar merah dan merah jambu segar, dipadankan bersama orkid, kekwa dan eustoma. Gubahan ini menampilkan kemewahan dan bakal menyentuh jiwa-jiwa yang melihatnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN