Setiap pengantin pastinya mengimpikan foto perkahwinan yang indah sebagai kenangan abadi.
Lebih-lebih lagi dengan kehadiran pengapit di sisi, yang sekali gus menambahkan seri dan menghidupkan setiap detik dalam majlis perkahwinan.
Minggu ini, saya tampilkan Akad series by Qiszar, koleksi pengapit yang menawan dan direka khas untuk memberi keyakinan kepada kaum hawa.
Bercakap tentang keyakinan, koleksi ini adalah pernyataan fesyen yang meraikan keunikan bentuk badan dan personaliti setiap individu.
Florence luxe dengan rona wine, sebagai contoh, adalah karya yang cukup mempesonakan dengan warna maroon mewah yang memberikan aura glamor.
Dengan material sifon premium dan pleated, reka bentuknya merangkumi pleated flare capes yang elegan di hadapan, potongan peplum minimal untuk gaya klasik, serta draping eksklusif di sisi dress yang mencipta gerakan anggun.

Saiz? Dari XS hingga XXL, sesuai untuk semua bentuk badan.
Koleksi lain yang wajib bagi setiap pengapit ialah Ariella luxe dengan warna biru navy, pilihan yang sempurna untuk tema perkahwinan moden. Dengan draping flowy di bahagian depan dress, ia menawarkan kelembutan yang dipadankan dengan kesederhanaan.
Potongan minimal menjadikannya pilihan ideal untuk pengapit yang ingin tampil sopan tetapi menyerlah.
Sebagai pengapit, penampilan adalah segalanya, tetapi bagaimana untuk memastikan gayamu on-point.
Bagi yang bertubuh petite, pilihlah dress dengan potongan yang memberi ilusi ketinggian seperti Florence luxe. Aksesori anting-anting panjang dan tumit tinggi nude adalah sahabat terbaikmu.
Pemilik badan langsing, pilihlah rekaan dengan cape pleated atau tambahkan waist belt kecil untuk menonjolkan pinggang. Soft waves pada rambut boleh melengkapkan gaya yang elegan.
Pilihlah potongan flare dan draping seperti Ariella luxe bagi dirimu yang curvy untuk menonjolkan bentuk badan tanpa rasa terlalu ketat. Padankan dengan aksesori statement seperti gelang lebar untuk penampilan yang seimbang.

Jika dirimu ingin melihat sendiri keanggunan koleksi ini, kunjungi butik fizikal Qiszar di Taman Mega Jaya, Ampang.
Setiap helaian dalam koleksi Akad series adalah ciptaan penuh makna, direka untuk memastikan pengapit bukan sekadar pelengkap majlis tetapi simbol kekuatan persahabatan dan sokongan sesama wanita.
Buat pengantin, jadikan momen istimewa ini lebih bermakna dengan koleksi yang akan membuatkan semua mata tertumpu padamu dan pengapit.
Kerana di hari bahagia, setiap wanita layak untuk bersinar sebagai ratu sehari bersama squad masing-masing.










