PEMAKANAN kurang bernutrisi dan tidak seimbang menjadi punca utama kanak-kanak mengalami masalah bantut. Pakar Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Ara Damansara, Dr. Loh Wai Loong berkata, pemakanan tidak seimbang menjejaskan tumbesaran dan ketinggian kanak-kanak. Ketinggian kanak-kanak dikatakan terbantut apabila mereka didapati tidak setinggi kanak-kanak sebaya yang sama usia dan jantina. Mereka dianggap terlalu kurus apabila berat badan tidak selaras dengan ketinggian masing-masing. Namun, berat badan dan ketinggian yang terlebih daripada purata…