Seramai 20 penduduk Kampung Sungai Kelambu Banting yang terdiri daripada golongan B40 meraih rezeki baharu dengan menanam cili merah secara fertigasi. Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Dr. Abdul Razak Khasbullah berkata, cili merah yang dihasilkan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat sejak lebih sedekad yang lalu amat terkenal dengan kualitinya yang merah menyala dan panjang. Menurutnya, semua peserta yang dipilih untuk program menanam cili merah tersebut dipilih…