Memuatkan artikel berkaitan…
Jika anda penggemar makanan laut, tapi malas hendak tunggu lama untuk nikmati hidangan ini, resipi ini adalah pilihan tepat.
Ia bukan sahaja lebih cepat disediakan, malah memberi kelainan dengan gabungan rasa yang pedas, menjadikannya hidangan ini lebih istimewa. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Hidayah Mohd. Bozid ini.
Bahan A (Dikisar)
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
2 labu bawang putih
1 inci halia
1 inci belacan
1 gengam udang kering
Bahan B (Ditumis)
6 ulas bawang putih – dihiris halus
6 ulas bawang merah -dihiris halus
1 inc halia – dihiris halus
5 tangkai daun kari – dilurut daunnya sahaja
10 biji cili padi – dihiris halus
2 batang serai
1 sudu besar mentega
Bahan C (Perasa)
3 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Didihkan air dan celurkan udang, sotong dan ketam secara berasingan. Pastikan semuanya masak sempurna.
2. Kisar bahan A hingga halus, kemudian panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan A yang telah dikisar bersama garam dan gula secukup rasa.
3. Setelah bahan A garing, masukkan bahan B dan tumis hingga harum dan garing. Masukkan sedikit air didihan udang, sotong dan ketam ke dalam kuali. Biarkan seketika hingga pecah minyak.
4. Masukkan lagi air didihan, dan biarkan tumisan terus garing. Akhirnya, masukkan brokoli, daun sup dan daun bawang di atas sambal untuk menaikkan aroma dan rasa.











