Pengalaman percutian di Mantin

Pengalaman percutian di Mantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAERAH Mantin, Negeri Sembilan bukan seperti daerah atau tempat lain yang popular apabila memperkatakan tentang destinasi percutian.

Tiada tarikan dan hanya sebuah pekan kecil semata-mata-mengikut persepsi kebanyakan daripada kita.

Namun percayalah Mantin yang dulu bukan seperti yang sekarang, apatah lagi apabila bercuti di OE Resort.

Melihat dan menjelajah ke resort ini secara dekat memberi kelainan dan tarikan kepada sesiapa sahaja yang mahu melarikan diri daripada kesibukan kota.

Selain itu resort ini amat sesuai untuk percutian keluarga dengan gabungan persekitaran semula jadi dan kemudahan lengkap.

Untuk mereka yang gemarkan aktviti lasak, terdapat beberapa kemudahan yang wajib dicuba seperti zip-lining (Flying Fox) di samping kemudahan sukan lain seperti bola tampar air, bola sepak pantai, dan mendaki, memastikan gabungan antara pengembaraan dan relaksasi.

Di resort ini turut terdapat lebih 300 buku audio dan modul untuk pelajar yang mahu mempelajari alam flora dan fauna.

Kini, Mantin telah mempunyai tarikan tambahan untuk percutian keluarga dengan adanya resort ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×