Lagu Melayu asli terus ‘hidup’

Lagu Melayu asli terus ‘hidup’

Anis Hanisya menerima hadiah daripada Exco Pahang, Leong Yu Man.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Begitulah lagu warisan Melayu yang akan terus ‘hidup’ di hati rakyat walaupun semakin dilanda arus pemodenan.

Menerusi usaha seperti pertandingan tahunan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2024 dilihat mampu menyemarakkan kecintaan terhadap irama melayu dalam kalangan generasi muda.

Pertandingan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara ( JKKN) itu bukan sahaja mencungkil bakat orang muda malah mempopularkan semula lagu-lagu Melayu asli.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pengarah JKKN, Mohd. Amran Mohd. Haris berkata, penyanyi lagu asli seperti Kamariah Noor, Kamariah Ahmad, Tan Sri S.M Salim dan ramai lagi banyak memperkenalkan keindahan irama melayu ketika zaman kegemilangan mereka dahulu.

“Lagu yang dinyanyikan mereka lemak merdu menusuk di kalbu dan jasa mereka bagaikan keindahan pelangi yang menyegarkan minda dan mewarnai kemeriahan lagu asli negara.

“Mereka antara figura yang pernah memperjuangkan lagu irama Melayu asli, sehingga bait-bait lagu nyanyian mereka meniti di bibir peminatnya satu masa dahulu malah melekat sehingga hari ini.

“Kemeriahan, melankolik dan senikata serta alunan muzik yang dipersembahkan artis-artis ini termasuk lagu-lagu dalam filem membuktikan lagu melayu asli penuh estiteka bernilai tinggi dan klasik,”katanya selepas Pertandingan Akhir Bintang Asli Remaja 2024 di Auditorium JKKN Pahang Jalan Teluk Sisik, Kuantan baru-baru ini.

Menurutnya, sejak dipertandingkan tahun 1996, beberapa artis generasi baharu telah dilahirkan dan berjaya mencipta nama di persada seni antaranya Syura, Siti Nordiana, Syikin, Dayang

Nurfaizah, Azizul Haqiem, Aliff Azfar dan Asmidar.

Pertandingan itu turut mendapat kerjasama Persatuan Explorasi Seni yang berjaya mencungkil bakat remaja yang menyanyikan lagu asli dengan baik.

Pengaruh muzik moden

Mohd. Amran turut meluahkan kebimbangan dengan pengaruh arus muzik moden yang semakin mendominasi industri hiburan.

Sekali gus menjadikan irama Melayu asli dilihat semakin terpinggir terutamanya dalam generasi muda.

Justeru, pertandingan seperti ini mampu mendedahkan lebih ramai remaja mengenali dan mendalami muzik tradisional yang penuh dengan nilai sejarah dan budaya.

Malah, katanya, masih ada tokoh-tokoh memperjuangkan lagu-lagu melayu asli antaranya termasuk Datuk Andre Goh.

“Jadi kita sasarkan generasi muda agar terus minat dan mencintai lagu asli yang menjadi khazanah bangsa Melayu.

“Dalam lagu asli sebenarnya banyak unsur- unsur nasihat dan perkara positif kepada mereka yang dapat menghayati lirik-lirik ataupun bait-baik lagu di dalam lagu lagu asli itu sendiri,” katanya.

Sementara itu katanya, JKKN juga akan membuka ruang kepada golongan remaja daripada pelbagai kaum untuk menyertai pertandingan itu pada masa akan datang.

Penyertaan daripada pelbagai latar belakang etnik itu adalah satu langkah positif dalam memperkasakan semangat perpaduan melalui seni.

“Pertandingan ini diadakan kerana menyedari tentang keunikan lagu Melayu asli yang merupakan salah satu dari cabang kesenian Melayu yang mempunyai keindahan tersendiri daripada aspek melodi dan liriknya,” katanya.

Pertandingan akhir mempertaruhkan sebanyak 28 orang peserta yang merupakan juara kategori lelaki dan wanita dari 14 negeri yang telah terpilih di peringkat negeri bermula April sehingga September yang lalu.

Peserta terdiri daripada remaja berusia 15 – 25 tahun sebagai barisan pelapis memperjuangkan irama lagu Melayu asli.

Pertandingan kali ini menyaksikan Muhammad Danies Hairie Zamri dari Negeri Sembilan dan Anis Hanisya Sulaiman dari Pahang dinobatkan juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2024 Kategori

Lelaki dan Wanita dalam pertandingan itu.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, piala dan sijil serta piala pusingan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ( MOTAC).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini