Pempengaruh terutamanya dalam generasi muda sering dikaitkan dengan hanya mengejar populariti di media sosial. Namun, tidak bagi Emir Haqim Azahari yang mempunyai matlamatnya sendiri. Pemuda berusia 23 tahun ini menggunakan kelebihan sebagai pempengaruh untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kesihatan mental. Di usia muda, beliau telah mencipta nama di alam maya dengan menyampaikan mesej berkaitan kesihatan mental menerusi video dan penulisan di platform media sosial. Memulakan cerita, anak kedua…










