MENJELANG akhir tahun, kebanyakan kita pasti sibuk merancang atau menempah percutian ke destinasi idaman masing-masing.
Pilihan utama tentunya ke negara beriklim sejuk bagi menikmati kedinginan dan panorama indah salji.
Namun, tidak lengkap suasana percutian itu tanpa menggayakan pakaian baharu terutama daripada koleksi Holiday Edits keluaran jenama Levi’s.
Daripada denim santai kepada pakaian luar tahan sejuk, koleksi selesa ini memastikan anda sentiasa dilindungi.
Apa tidaknya, setiap helaian itu direka untuk musim sejuk yang tenang sekali gus membangkitkan rasa hangat bak berada di depan unggun api.

Selain untuk kegunaan sendiri, koleksi ini juga sesuai dijadikan sebagai hadiah istimewa buat ahli keluarga dan sahabat sempena musim perayaan tidak lama lagi.
Bagi yang obses terhadap denim, gayakan celana jeans 501® original dan jaket trucker.
Kedua-dua gaya itu digemari sejak turun-temurun, tambahan pula dengan perincian Yoke dan padanan berinspirasikan barat yang turut diketengahkan.
Selain itu, kemeja barat ikonik versi berkilauan dalam koleksi ini sedia dipadankan untuk sebarang pesta di musim sejuk.
Ia sesuai digandingkan bersama celana baharu 501®’90s ankle dilapisi dengan jaket harper heritage dan sherpa trucker dalam corak petak.










