SEHINGGA 31 Mei 2024 sebanyak 506 taman asuhan kanak-kanak (taska) tidak berdaftar dikesan dan berada di bawah tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ada beberapa taska biarpun menepati standard minimum pengoperasian tetapi tidak berdaftar disebabkan kesukaran memenuhi syarat dan prosedur Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kadangkala lokasi tidak sesuai, saiz dan fizikal kediaman tidak melayakkan ia dibenarkan beroperasi dalam menjaga bayi dan kanak-kanak. Dalam isu taska tidak berdaftar ini, kita sering tertanya-tanya,…