Bagi ibu bapa yang pertama kali menimang cahaya mata sudah tentu kurang arif dalam beberapa perkara. Terutama hal-hal berkaitan kesihatan anak kecil yang masih belum mampu berbicara. Antara yang merungsingkan ibu bapa muda ialah apakah anak sedang asma atau selesema sahaja memandangkan kedua-dua simptom itu tampak sama. Pakar Perunding Pediatrik di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Dr. Angelina Amaladoss berkata, membezakan asma dan selesema adalah penting kerana simptomnya yang serupa…










