Ningyo lambang tradisi masyarakat Jepun

Ningyo lambang tradisi masyarakat Jepun

KOLEKSI patung pasangan empayar yang dijadikan simbolik mendoakan kesejahteraan anak perempuan. - UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEPUN adalah negara di rantau Asia yang kaya dengan kegemilangan budaya sejak beribu tahun dahulu.

Beberapa budaya negara matahari terbit itu yang turut terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia adalah anime dan Ningyo.

Seperti kebanyakan masyarakat yang percaya kepada patung, masyarakat Jepun tidak terkecuali dari kepercayaan patung dikenali sebagai Ningyo.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ningyo ialah perkataan Jepun yang membawa terjemahan literal ‘bentuk manusia’ atau lebih mudah dipanggil anak patung.

Sesetengah anak patung ini diletakkan sebagai perhiasan di rumah kerana dipercayai mampu memberikan kesejahteraan kepada anak-anak.

KESEJAHTERAAN ANAK

Seawal abad ketujuh, rakyat Jepun telah menerapkan budaya anak patung sebagai ritual untuk mendoakan kesejahteraan tumbesaran anak-anak.

Sambutan dan jantina anak patung yang diberikan juga berbeza mengikut tarikh dan maksudnya.

Bagi anak perempuan, sambutan yang dinamakan festival Hinamatsuri ini diraikan pada tarikh 3 Mac di mana ia menunjukkan masa bunga mula mekar.

Kesihatan anak lelaki pula diraikan melalui festival Tango no Sekku pada 5 Mei yang sinonim dengan pemberian bunga iris atau Shobu yang juga tumbuhan ubatan pada zaman dahulu.

Selain itu, ia turut mempunyai sebutan sama dengan maksud seni mempertahankan diri.

Berkongsi keunikan budaya negaranya itu, Pengarah The Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL), Tsukamoto Norihisa berkata, bagi patung mendoakan kesejahteraan anak-anak, ia adalah berbeza mengikut jantina.

TSUKAMOTO NORIHISA

Katanya, bagi kelahiran anak perempuan, jenis anak patung yang diberikan adalah berupa pasangan empayar (maharaja dan permaisuri).

Untuk anak lelaki pula, Ningyo yang diberikan berbentuk pahlawan mengikut sejarah negara itu.

“Kalau anak perempuan, patung yang diberikan adalah pasangan empayar merangkumi maharaja dan permaisuri.

“Kami juga mempunyai set anak patung lebih banyak yang merangkumi kesultanan pada zaman ketika itu seperti tiga hamba wanita dan lima pemain muzik tradisional,” katanya ketika ditemui sempena Pameran Ningyo: Kesenian dan kecantikan anak patung Jepun di Muzium Negara.

TURUN TEMURUN

Budaya anak patung ini merupakan warisan peninggalan sejak beribu tahan lamanya terutama jenis patung yang mendoakan kesejahteraan anak.

Tsukamoto berkata, anak patung itu selalunya diberikan secara turun-temurun daripada ibu bapa kepada anak-anaknya yang telah melahirkan anak (cucu).

Katanya, bagaimanapun bagi pasangan yang mempunyai lebih dari seorang anak, hanya seorang akan menerima patung warisan dan selebihnya akan mendapat set anak patung yang baharu.

“Kalau macam saya, patung diterima dari ibu saya selepas mendapat anak pertama dan anak saya pula terima dari saya selepas melahirkan cucu.

“Selalunya anak pertama yang akan mewarisi patung dari keluarga, anak yang lain kami akan belikan baharu. 

“Di Jepun, patung ini boleh didapati dengan mudah di pasaran. Kita memang ada kedai khas yang jual.

PAMERAN NINGYO

Pameran ini memaparkan 67 anak patung Jepun yang memberikan pengenalan menyeluruh kepada budaya itu.

PENGUNJUNG mengamati budaya anak patung Jepun di Pameran Ningyo: Kesenian dan kecantikan anak patung Jepun di Muzium Negara.

Pembahagian dilakukan mengikut empat jenis anak patung yang cuba diketengahkan mengikut susunan.

Daripada Katashiro dan Amagatsu, yang dianggap sebagai arketaip kepada anak patung tempatan yang mencerminkan iklim dan anekdot, sehingga anak patung berhias.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini