Ketupat inovasi baru anak muda

Ketupat inovasi baru anak muda

KETUPAT kucing yang dihasilkan Muhamad Nur Syahir Mohd. Nordin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETUPAT sentiasa menjadi simbolik melambangkan perayaan hari Aidilfitri sama ada menerusi hidangan makanan mahupun dekorasi.

Kerumitan menganyamnya seringkali menjadi halangan kepada sesetengah masyarakat yang ingin mempelajarinya.

Justeru kreativiti pelajar yang juga pencipta kandungan, Muhamad Nur Syahir Mohd. Nordin, 23, menampilkan ketupat berbentuk haiwan kucing, lembu dan love di platform media sosialnya baru-baru ini benar-benar menarik perhatian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Muhamad Nur Syahir berkata, idea membuat video anyaman ketupat muncul secara tidak sengaja selepas merujuk internet.

“Sewaktu menerima tawaran kolaborasi bersama jenama baju tradisional, saya ditugaskan menghasilkan sebuah kandungan video berkonsepkan raya sambil memperagakan pakaian tajaan.

“Dari situlah saya cuba membuat video anyaman ketupat yang unik bagi menarik ramai orang untuk melihat video tersebut,” katanya.

ANYAM SEJAK UMUR 11 TAHUN

Muhammad Nur Syahir mula belajar menganyam ketika berumur 11 tahun semasa subjek Pendidikan Seni Visual di sekolah dan tunjuk ajar daripada ibu dan ayahnya.

Tiga tahun masa diambil untuk benar-benar menguasai teknik anyaman ketupat asas seperti ketupat sate, ketupat pasar dan ketupat bawang.

“Sekarang ini, setiap kali Aidilfitri saya akan membuat 100 hingga 150 ketupat, manakala ibu dan ayah pula memasak lauk raya.

“Ketupat asas seperti ketupat sate, ketupat pasar dan ketupat bawang hanya memakan masa seminit untuk siap. Ketupat unik seperti ketupat lembu dan kucing memerlukan masa selama 30 hingga 40 minit untuk disiapkan kerana anyamannya yang lebih teliti dan kemas,” katanya yang turut merancang berkongsi tutorial menganyam ketupat dinosaur pula selepas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini