SEUTAS jam tangan miliki pelbagai fungsi. Hari ini ia bukan sekadar pengukur masa atau menjadi perhiasan semata-mata.
Sebaliknya turut berperanan penting dalam pelbagai aspek seperti kesihatan dan latihan sukan terutama berkaitan larian.
Kepelbagaian fungsinya dalam kehidupan menyebabkan ia dipakai tidak sekadar aksesori pelengkap gaya, sebaliknya suatu kewajipan, lebih-lebih bagi mereka yang gemarkan aktiviti mencabar atau pengembara.
Buktinya menerusi jam pintar Garmin Taxtix 7 AMOLED yang direka khusus mengikut standard dan piawaian tentera (MILSTD-810) dengan ketahanan air sehingga 100 meter dan tahan gegaran.
Hayat baterinya juga mampu bertahan selama 31 hari tanpa cas bagi memudahkan pengguna dalam melaksanakan aktiviti mereka. Ciri-ciri lain ditambah pada siri ini antaranya paparan skrin AMOLED 1.4 inci dengan boleh diubah daripada segi kecerahan sehingga mencecah 1 nit untuk mengelakkan daripada dikesan.
Apa yang menarik, lampu yang ada pada jam ini boleh dilihat dengan alat pandang malam (NGV) apabila dihidupkan.
Ia turut memiliki kapasiti peta navigasi untuk membolehkan pemakai ke lapangan terbang menerusi pangkalan data aeronatik dunia.
Kemudahan itu membolehkan pengguna mengetahui keadaan cuaca, kelajuan angin dan tekanan biometrik.
Fungsi penerjunan High Altitude Low Opening (HALO) dan High Altitude High Opening (HAHO) menambah ciri lasaknya. Lampu suluh LED yang bersinar dalam dua warna iaitu putih atau hijau sesuai untuk kegunaan dalam aktiviti sebelah malam.
Dalam mod alat pandang malam (NVG), paparan AMOLED yang malap dapat membantu pengguna terutama bagi anggota tentera beroperasi malam dan dapat mengurangkan tahap pandangan musuh.











