Ramadan kali ini semestinya mengujakan, malah mungkin agak ‘mencabar’ bagi ibu bapa yang pertama kali mengajar si kecil berpuasa.
Bagi pasangan Nana Akma, 33, dan Khasharunazri,34, mereka menggunakan pendekatan motivasi dan ganjaran untuk menggalakkan anak bongsunya, Muhammad Danial Al Aisy,5, berpuasa buat pertama kali.
Nana memulakan langkah dengan bercerita tentang kebaikan, kelebihan dan keseronokan tentang bulan Ramadan kepada anaknya itu.
Ibu kepada dua anak itu akan sentiasa mengingatkan anaknya mengenai kesusahan yang dialami oleh golongan kurang bernasib baik.
“Bagi semangat dan selalu puji anak yang dia boleh berpuasa. Apabila mereka berpuasa sediakan makanan kegemaran atau bawa ke Bazar Ramadan.
“Saya juga sentiasa mengingatkan anak-anak bahawa raya lebih bermakna bila dapat berpuasa penuh serta dapat duit raya lebih,” kongsinya kepada Utusan Malaysia.
Bercerita lanjut, katanya, anak sulungnya, Muhammad Harraz Al Aisy,8, mula berpuasa seawal usia lima tahun sebab ikut kawan dekat tadika puasa sunat setiap Khamis.
Maka bila datang bulan puasa, lebih mudah buat dirinya membantu anaknya untuk bersahur sekaligus berpuasa.
AJAR SECARA BERTAHAP
Bagi Pengamal Media di sebuah akhbar Indonesia, Luqman Rimadi ini pula, dia mula mengajar anaknya berpuasa secara bertahap.
Kata Luqman, dia membenarkan anaknya, Muhammad Hamka Azzam Alfatih,7, untuk berpuasa separuh hari sahaja untuk permulaan supaya anak tidak terlalu tertekan.
“Kebiasaanya ajar dia berpuasa dari selepas sahur sampai Zohor sahaja iaitu sekitar 12 tengahari.
“Buka puasa biasanya kami beri dia makanan kegemarannya dan yang dia sukai supaya memberi dia semangat untuk puasa lagi keesokannya harinya,” katanya yang menetap di Jakarta, Indonesia.
Tambahnya antara cabaran dihadapi adalah membangunkan Hamka untuk bersahur kerana anaknya itu belum terbiasa.
“Agak susah (sahur) kerana dia tidak biasa bangun awal pagi. Kadang-kadang dia mengeluh juga dan menangis kerana haus walaupun baru pukul 9 pagi. Apalagi ketika cuaca panas begini, pasti cepat haus.
“Tapi saya selalu beri dia motivasi bahawa puasa ini wajib sebagai seorang muslim dan balasannya pula adalah Syurga,” jelasnya.