PETALING JAYA: Mengakui pernah menerima beberapa tawaran berlakon sejak kali terakhir muncul menerusi filem Bintang Hati, pada 2004, penyanyi, Anuar Zain bagaimanapun tidak berhasrat untuk kembali ke layar perak. Ujarnya, dia tidak pernah merindukan dunia lakonan biarpun beberapa peminat pernah meluahkan hasrat melihatnya kembali berlakon sementelah dia juga tidka yakin dengan kebolehan lakonannya. “Kalau tanya rindu atau tidak, memang tiada langsung. Saya tidak pandai berlakon pun. Bila pengarah sebut ‘action’,…










